countdown time

YEAH!!!!!!!!!!!

Saturday, August 7, 2010

Menjalin persahabatan cara Rasulullah s.a.w. Posted by: nurjeehan in Akhlak & Adab, Kehidupan Sosial

Oleh Mohd Zamri Shafie

KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “
Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud:
“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.”(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata:
“Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

INTIPATI

Mencari sahabat sejati:

  • Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.
  • Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.
  • Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.
  • Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

Monday, July 5, 2010

renungan....

Salam buat sume yg singgah ke anjung santai ku...


Sabda Rasullullah SAW..sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya, maka ALLAH akan jadikn kekayaan dlm jiwanya..ALLAH akan mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kpdnya dlm keadaan hina (iaitu dlm keadaan dirinya mulia )..


Sesiapa yg menjadikan dunia itu tujuan utamanya maka ALLAH akan letakkan kefakiran itu antara 2 matanya..ALLAH cerai beraikan urusannya dan dunia pula tidak dtg kpdnya...melainkan dgn apa yg telah ditakdirkan utknya (iaitu dlm keadaan hina )



riwayat al-Tarmizi, dinilai Hasan oleh al-Albani


ALLAH YANG BENTUK KU..ALLAH YANG TUNJUK..ALLAH YG. BIMBING..

Saturday, June 26, 2010

PERSAHABATAN !!!!

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Banyak orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Burung membutuhkan sarang, laba-laba membutuhkan jaring, manusia membutuhkan persahabatan

Orang yang takut untuk memperoleh musuh tidak akan pernah memperoleh teman sejati


RUJUKAN :-http://www.emotivasi.com

TAHNIAH!!!!!!!!KEPADA AHLI BARU SUZIANA HANINI DAN MIZUKAGE ANGELKERANA SOKONG F.L.V CLUB






ORGANISASI F.L.V YANG DIINGATI















FRIENDSHIP LAST FOREVER


salam,semua!!!!!
kami harap semua dalam keadaan sihat...kami buka fan ini untuk korang mencari kawan baru,kawan lama,kawan yg dah hilang,dan macam2 kawanlah....

saya mengaharap agar kamu semua tidak mengeluarkan perkataan kesat dalam blog ini..almaklumlah takut kena tendang...hahahaha...

fans nie jgk merapatkan hubungan kita sesama manusia...
so,kalau ader kekurangan jgn marah ye...

harap2 semua memberi sokongan dalam fans ini...
k.semoga bergembira...